Tgh mencari info pasal solid food since Aryana gonna starts her 1st solid food next week..super excited..my lil girl dh nak start makan..so chomei2..ok,aku just cut & paste ape yg aku rse bguna sebagai panduan..sng aku nk refer nanti..
Panduan menyediakan makanan kepada bayi.
Peringkat pemakanan bayi
Peringkat 1 (5-7 bulan)
• Pada peringkat ini, makanan yang paling sesuai diperkenalkan ialah buah-buahan. Buah-buahan yang sesuai ialah seperti epal, pear, tembikai, pisang, betik, mangga (pastikan tidak ada serat yang diberikan sekali dengan cara menapis buah mangga terlebih dahulu).
• Beri bayi satu jenis buah atau satu tekstur buah yang sama pada satu masa sahaja supaya bayi boleh memahami rasa dan tidak keliru.
• Buat permulaan, beri bayi makan sehari sekali (lunch- antara 11.30 hingga 12.30 tgh). Kemudian boleh ditambah kepada 2 kali sehari (lunch dan dinner- antara 5.30 – 6.30 petang). Selepas dari waktu tersebut, tidak perlu beri makan kepada bayi, memadai dengan susu sahaja.
• Cara penyediaannya fruit puree ialah seperti berikut:
1. Potong buah kepada kiub-kiub kecil dan rebus atau steam buah-buahan tersebut sekejap sahaja (1-2 minit).
2. Lenyekkan atau blender buah.
3. Buat permulaan, beri bayi makan 2,3 sudu sekali makan sahaja dan tambahkan sedikit demi sedikit pada hari berikutnya.
Peringkat 2 (8 – 11 bulan)
Bentuk makanan yang sesuai adalah sayur-sayuran seperti bayam, saleri (boleh membuatkan makanan menjadi wangi dan menyelerakan) sawi, carrot, brokoli, labu, keledek dan kentang.
Boleh beri bayi makan campuran sayur-sayuran yang direbus atau di steam sahaja atau boleh juga ditambah ke dalam bubur nasi.
Pastikan sayur-sayuran tersebut separuh masak sahaja bagi memastikan vitamin dan khasiatnya tidak hilang.
Ikan bilis, ayam atau ikan salmon juga boleh ditambah ke dalam bubur. Pastikan bubur dilenyek atau diblender terlebih dahulu.
Peringkat 3 (12 – 18 bulan)
Pada peringkat ini, air kopi, teh, dan kekacang masih belum sesuai diberi.
Jus buah-buahan yang segar seperti oren atau apple boleh diberi kepada bayi tetapi pastikan dicampur dengan banyak air masak.
Yogurt buah-buahan bukan citrus boleh mula diberikan kepada bayi sebagai campuran ke dalam fruits puree atau dimakan begitu sahaja semasa tea time.
Apabila bayi mencapai usia setahun, bilangan waktu makannya bertambah kepada 4 kali (breakfast, lunch, tea dan dinner). Contoh makanan yang sesuai:
• Breakfast (7.30 – 8.30 pagi): Sekeping roti bakar @ cereal+susu (nestum, cornflakes)
• Lunch (11.30 – 12.30 tgh): Nasi panas+sayur yang dipotong halus+ikan salmon@ayam
• Tea (3 – 4 ptg): Fruits puree + yogurt
• Dinner (6 – 6.30 ptg) : Keledek + kentang + carrot + daun saleri yang direbus sekejap, digaul bersama dan dilenyek.
--------------------------
1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang.
2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.
3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur.
4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu.
5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.
6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.
7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan manakala bayi yang menyusu formula, bergantung kepada kehendak bayi (4-6 bulan). Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.
8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5 bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.
9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan. Sebaik-baiknya, anda juga turut makan sedikit makanan tersebut kerana bayi akan mengikut apa yang ibu/ bapanya lakukan.
10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.
11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.
12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.
13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.
14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.
15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi.
Bawah ni pulak aku amik dari forum2 kat susuibu.com:
1st quote - antara makanan pertama yang sesuai adalah fruit puree... paling senang pisang tu masuk dlm microwave kejap (just nak bagi lembut) lepas tu lenyek2..masukkan ebm sikit..bagi kat baby.. selain dari tu bubur nasik kosong yang campur sikit ebm..ada jugak mommies yang bagi avocado..
saya cadangkan lebih baik bagi baby food yang kita buat sendiri.. ada jugak yang bagi nestum tapi paling elok makanan yang kita buat sebab takde bahan pengawet etc...dan Jangan sesekali bagi nestum through bottle..boleh menyebabkan tersedak...
dari segi masa nak bagi..pilih masa baby lepas minum susu.. jangan waktu dia lapar..nanti kita frust sbb dia akan jadi tak tenteram...untuk first time..biasanya baby tak makan banyak.. kadang2 dia tolak..tapi jangan paksa..nanti dia trauma pulak.. biasa la benda baru ambik masa sikit..
kalau nak perkenalkan makanan baru gunakan 4 day rule.. contohnya..start dgn bubur nasi..bagi bubur nasi kosong campur ebm 4 hari..hari kelima baru masuk carrot..lepas tu bagi selama 4 hari jugak..ini penting supaya kita boleh tengok kalau baby ada alergi..kita boleh tau apa yang menyebabkan alergi tu..kalau humban semua dalam sekali makan.. tak tau mana satu yang react..
2nd quote - Kena beri air masak bila dah start solid. Jika tidak, baby akan mudah sembelit.
3rd quote - dulu saya pi rebus pisang tapi salah cara saya tu..so saya lenyek je sbb takut khasiat ia hilang bila di blend (kwn saya nurse di singapore yg beritahu). Epal pon saya tak rebus/stim saya terus je blend...skrg saya ajar Ecah mkn bubur/buah yg saya lenyek...blend juga tapi tak halus sgt jgn sampai tercekik udah ler. Labu pon boleh buat puri...labu manis...banyak lagi buah yg boleh tapi saya cuba lagi yg lain.
okess..pasni leh la nk start masak..pastukan frozenkan..nnt sonang,mak tnggl panaskn je..excitednyeeee...
Tuesday, May 4, 2010
Solid Food
Posted by Arai@Nana at 11:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








0 comments:
Post a Comment