Tuesday, June 29, 2010

Tanda-tanda Anda Bermasalah

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

  • Bibir pucat - Sistem penghadaman yang lemah, Perut mengandungi angin, Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sendi

  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

  • KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA. Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA - Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
  • BISUL TERJADI DI KEPALA - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • RASA PENING YANG MEMUSING - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
  • MULUT/KERONGKONG/LIDAH
    LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
    MUNTAH DARAH - Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan, Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
  • LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
  • KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
  • KENCING
    KERAP KENCING: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
    AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
    AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
    AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
    AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
  • BUANG AIR BESAR
    CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
    SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
    NAJIS BERDARAH - Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
    NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
  • BADAN
    RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
    - Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
    - Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
    - Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

  • RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
  • CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
  • RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
  • RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.
  • SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Amalan Diet Rasulullah

Jumpe 1 artikel yg menarik utk dikongsi.

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


CARA MAKAN

Jangan makan buah setelah makan nasi,sebaliknya makan buah terlebih dahulu baru makan nasi.
Tidur 1 jam setelah makan tengahari
Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan di makan usia dan KOLESTEROL dalam badan akan berganda.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..cubalah...
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek...Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.


AMALAN-AMALAN LAIN

Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Thursday, June 24, 2010

Hukum Mandi Wiladah

Tgh syok2 bloghopping,tiba2 aku tersentap bile jumpe satu entry yg mengatakan Hukum Mandi Wiladah adalah wajib..erkk apakah?aku dh terbayangkn balik ni pas gomol2 ayana nk cepat2 mandi wiladah,konon2 qada' mandi la..Mandi Wiladah adalah mandi selepas kelahiran,means seorg perempuan yg baru lepas bersalin dikehendaki mandi wiladah..aku pn gelabah x hengat macam gelabah bile dpt tau ade jusco sale smlm terus g tny2 kawan2 yg penah bersalin sebelum ni,diorg ade mandi wiladah x..pas aku bgtau hukumnya wajib,aku pn dh membawa satu kekecohan kt opis aku ni (ok tipu jek)..aku pn terus google dan berjaya tarik nafas lega bile jumpe 1 forum nih :

Soalan;
Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan;
Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak.
Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi.

Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita.

Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168).

Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas.

Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.


Munchkin Food Feeder

Haa..penah dgr x benda alah ni..benda ni adalah supaya membolehkan bayi2 merasa kenikmatan makan buah,sayur or ape saje yg leh disumbatkan dlm net die..(sebenarnye aku rse same spt kalu kite nk wat fruit puree kn?agaknye la..)


All the nutrition with none of the risk.

This award-winning product allows your baby to enjoy lots of delicious foods without the choking risk. Simply put a piece of fruit, vegetables or meat into the mesh bag and snap shut. Your baby can chew, suck and enjoy all the whole food goodness and taste, with only the tiniest, digestible pieces coming through. Your baby gets great flavor and you get great peace of mind!

interesting kn..actually dh lame tau psl benda ni,mase aku sbok wat research pasal solid food..sekali terjumpa artikel psl benda alah ni..pastu bile time g jusco,aku cr benda ni tp aku lupe name die..aku slalu describe kt cik penjual tu "net yg bile kite mskkan buah,baby leh isap2 jus die"..dan sume cik penjual tu akan pandang aku dgn pandangan yg macam "kalu aku sepak dak ni cam bes je,cari bnd tah pape tah"..ha gitu la..tp actually kt jusco ade sbnrnye,tp dr dulu smpi skng asek out of stock je (ye ke??ke diorg pny standard ayat agak2 kalu mls nk lyn customer cam aku??)

x kisah la tu,skali tah camne mase aku tgh bloghopping aku terjumpe plak benda ni kt blog nih..waa..bile dh tau namenye,senang la aku nk search kt internet..pastu jumpe plak kt website fabolousmom.com..tp die jual RM25.90..search punye search jumpe lak yg lagi murah kt sini..tgh sale..mmg langkah kanan le aku..2 ringgit je pn sale..tp 2 ringgit pn untung gak tu..sbb kalu dh kira masuk postage harga die jd 29.30..dgn sng ati aku pn beli la secara online (again???)..yahooo..xsaba nk dpt..

p/s : aritu sbnrnye mse g kamdar cr baju ry,aku de beli kain net..then blk pas basuh,aku masukkan buah mangga dlm tu pastu ikat pki getah..suke wehh ayana makan..tp cam tersiksa sket la nk menyedut jus tu..sbb kain net kn lubang die kecik2,agak struggle gak la ayana nk sedut jus tuh..

waa..mama kijam..susah tau pakai kain net tu..saket gigi ayana yg 2 ketul nih..huuu

Nk buat ape ek sempena anniversary nxt month?

~~Sila tau,sy tgh bosan..bos xde for the whole week..xdak keje..sbb tu sehari sy leh update lbh dr 3 entry..kikiki

Next month adalah our 2nd anniversary of marriage..(dh 2 tahun ke?copeknyeee)..so nk wat ape utk celebrate ek??kalau last year,kitorg g sunway lagoon..tp time tu bdua ok la,skng dh btiga cam xbes lak nk g sane lg..antara plan aku (plan aku occay..sbb kalu tny hubby die jawab "sukati nana la,abg ikut je..yg ptg nana hepi"..haisyy pening pale den nk pikir2 ni..tp acik sukeee sbnrnye..ngeh ngeh). ok2 antara plannye adalah :

--> g makan2,tgk wayang n jln2 (tp cam xbes je sbb duit abes gitu je,nothing special..cewahh)

--> g bcuti..a short one during wiken..sbb cuti nk simpan utk raya..thn ni nk raya puas2, raya pertama aryana katenye..hehe..antara location yg ade dlm kepala PD, genting atau cameron. tp since kitorg nk cuti jap je,rsenye PD la yg seswai kn??tp cam xbes je nk bcuti btiga,kalu bawak family lg bes,meriah sket..tp kalau dh g ramai2,adekah keistimewaan menyambut anniversary di situ??ermm..pikir lagi..pikir lagi..

--> g candle lite dinner kt hotel..wahh..so not us (erkk..betul ke istilah ku ini..bedal je lahh)..kitorg ni mane de istilah candle lite dinner..kalu mkn kt din tomyam tu dh kire mmg besh la..mmg taste kitorg..nak2 plak bile mkn burung puyuh masak 3 rase..mmg umphhh la..mkn kt hotel hanya bile aku de wat meeting kt hotel selama 4,5 hari,pastu dpt 2 tiket utk msuk kt tmpt makan,pastu aku pn ajak hubby skali..tu pn xde la sesedap mane punnnnggggg..so kalu nk abes duit makan kt situ mmg adlah sgt tidak berbaloiiii!!!(sila tau,bajet kami juga tidak la tinggi mane ye..)

--> ataupun g makan kt korean deluxe steamboat kt sebelah menara rebung tuh..emm..cam best gak..lame giler x g sane..last g mase lum preggy lg kot..menarik2

--> ataupn yg lagi menarik,ape kate duit yg kitorg nk spend tu,buat beli sumthing yg daku idam2kn selama ni..dan kitorg pn celebrate seperti point 1 di atas tu saje..wahhh menarikk..what say u en hubby????

Wednesday, June 23, 2010

Pro n Cons duduk serumah dgn mak

Setelah ditimbang tara, beberapa point pro n cons duduk ngn mak sendiri telah dikenalpasti. Antaranya -->>>

--> Leh jenguk mak hari2..kalu dok sendiri seminggu or 2 minggu sekali br dpt balik klang

--> Xyah nk pikir nak masak ape,sebabnye slalu balik keje mak dh siap masak. Walaupun aku slalu ckp ngn mak biar aku yg masak tp mak slalu ckp nk tunggu aku siap masak abes kebulurn org dlm umah tu..(aku nk masak ye,mak yg xbagi..ngeh ngeh)..tp cons die plak aku xleh nk asah bakat memasak,kalu dulu time dok sendiri ade gak sesekali masuk dapo.skng erk leh kira ngn jari bape kali aku pegang sudip ngn kuali..kalu pegang cerek slalu la,sbb nk masak air panas aryana sbb nk rendam botol2 ngn air panas..

--> kadang2 kalau terlampau penat (terlampau okeh),aku pass aryana kat mak jap sementara aku siap2 mandi,makan pe sume..kalu dok umh sendiri plak,mesti tkejar2..even hubby ade leh tlg,tp kdg2 aryana nk org pompuan gak yg jaga die..huhu

--> kalau dulu sebelum g mane2, aku kena pastikan rumah bkemas,baju dh siap basuh n lipat,baju keje dh siap gosok,baru ati tenang sket nk bgumbira..tp skng,kemas umah sket2 je,baju pn kdg2 kalu tgk mak lum mesin lg aku tlg mesinkan,baju plak kalu tgk lum blipat,aku lipatkan,baju keje plak hari ahad masih sempat nk gosok..tp aku x amik kesempatan kt mak occay,kalu aku de kt umah kadang2 (kdg2 ker nana??) aku wat gak keje umah ape..hee

--> kalau dulu time dok bdua,privacy is no 1 for me..but not anymore rite now..sejak dh ade anak,aku dh xpikir sgt pasal privacy..i'm ok with current situation..hopefully same thing goes to my hubby (kan abg kan??)..hehe

ermm...conclusionnya,i'm happy with my life now..dpt bersama family dan mak pd masa yg sama adalah perkara yg diidam2 kan selama ni..thanx hubby..and plan kitorg even dh ade umah sendiri nk gak pujuk mak dok ngn kitorg..aku nk jg mak n adik2..so far,hubby agree with me since mak pn dok sorg je..lgpun dok klang bahaya due to kes2 jenayah yg makin bleluasa skng..sgt risau tgngglkan mereka2 dok klang alone..

walaupn aku ade gak pikir sian keluarga mentua ssh nk btandang umah kitorg,tp insyaAllah soon kitorg akan beli gak umah area2 puchong tu..skng ni yg jd keutamaan adalah aryana..takut oo nk anta kt nursery..lgpun mak willing nk jg die..bknnye selamenye aku nk sshkan mak jg aryana, insyaAllah bile dh ade anak lebih dr sorg, aku berangan nak amik maid,pastu mak leh monitor maid tu jg budak2..xde la aku risau sgt..

furthermore,cita2 aku sbnrnye xmo keje..nk dok umah jg anak..mane tau 1 hari nanti,kitorg berjaya wat bisnes..aku leh handle bisnes dr umah je..cehh berangan x hengatt..ape slhnye berangan,dr angan2 baru la ade impian, dgn usaha dan doa mane tau impian jd kenyataan..kan kan??aminnnnn



Selamat hari abah, abah dan abah

Kenapa ade 3 abah pulak ni..hehe..sesi mensaspenkn diri sendiri lagik..sebab ketiga2 abah tu ditujukan untuk arwah abah aku, abah aryana dan abah kepada abah aryana..hihi

Okey la,aku cite pasal arwah abah aku dulu..sebab die adalah org pertama yg sambut aku di dunia dan mengazankan aku..

Abah (Jemain Bin Ismon) lahir pada 3.3.1948 (tibe2 realize same ngn bday hubby 6.6 ngn besday aryana 11.11)..hihi..arwah abah meninggal pada 1.10.1999..mase tu aku form 4..arwah abah yg aku kenal mmg sgt penyayang,kelakar,pemurah,saba,macam2 lagi la..dulu abah keje polis..mase tu rase abah ni pandai sgt,sbb die teror english..banyak sgt kenangan aku ngn arwah abah..dulu aku manja sgt ngn die..walaupun abah dh pegi meninggalkan kami hampir 11 tahun, tp kenangan bersama die masih kukuh terpahat dlm hati aku (ayattt)..abah meninggal due to leukimia (walaupun mungkin ade sebab lain,aku xmo pk pasal tu..aku doa sesiapa yg penah berniat wat jahat ngn abah akan dpt balasan dr Allah..)

nana doa abah tenang di alam sana..semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org beriman..kami semua syg dan rindukan abah..semoga kite dpt berjumpa suatu hari nanti di alam sana..amin

(gamba abah xde kt pc,lum scan lagi..zaman2 dulu mane ade cam digital cam skng..will be uploaded later)

Okey,next selamat hari abah untuk abah Aryana@hubby aku..kiki..walaupun baru menjawat jawatan sbg abah selama 7 bulan,but u have done such a great job as a father..dulu aku dh nampak yg die mmg sukakan budak2, xsaba nk dpt anak sendiri mase tu..nk bg die happy..alhamdulillah,semenjak kehadiran aryana,mmg nampak die lebih happy dr dulu..blk keje dh sebuk cr aryana dulu..hehe..sampai skng,kalu tgk aryana tdo,die slalu ckp "betul ke ni anak kite ni..cam xcaya je.."hehe

Dulu mase aryana baru lahir,mmg die yg paling happy sekali..die temankan aku kt labour room sampai aku slamat lahirkan aryana..bg aku kata semangat,doa sume..mmg memori paling indah la mase tu..pastu,cuma die sorg je yg pandai tidokan aryana..aku kadang2 berjaya,kadang2 x..hehe..kalu die tgh drive,tibe2 aryana mengamuk nk tdo,kitorg aku shift drive sbb die kena dodoi aryana tido..haha..kelakar je ingt blk..tp skng anak mama dh besa,dh pandai tido sendiri..:)

Even smpi skng pn,bile aryana dh pandai merangkak,die risau sgt aryana jatuh katil time tido..slalunye aku ngn aryana tdo awal sket dr die..kalu bgn dr tido,tibe2 aku nampak ade tilam kecik kt bawah katil..die ckp at least kalu aryana tetjatuh,die akan terjatuh atas tilam tu..very sweet kn..hehe..pastu kalu aryana nangis2,nnt die baca la surah2 then aryana pn diam..mmg anak abah..

To abah aryana, i want u to know, u r the greatest father to our doter (and more to come)..u were born to be a good person, and always trying ur best to give happiness to peoples around u (esp me)..and we appreciate it..we luv u so much..kami doakan abah aryana panjang umo,dimurahkan rezeki,dikurniakan kesihatan yg baik dan sentiasa berbahagia selalu..amin..

And lastly, to abah kepada abah aryana@ my FIL (raja haizat raja hamzah)..hehe..my FIL pn baik..selalu cuba nk hepikan anak n menantu die..selalu bg nasihat yg berguna,share pengalaman die..and he's been nice to my MIL too..sgt penyayang walaupn kadang2 garang ngn anak2 (aku xpnh kena la..hehe)..die sygkna cucu2 die..sentiasa amik berat n tanya khabar kitorg walaupn seminggu sekali je jumpe..n kalu time die ade duit,mmg semua die berhabis utk keluarga die..To FIL, kami doakan abah pjg umo,dikurniakan kesihatan yg baik,pjg umo dan murah rezeki..amin..

Tuesday, June 22, 2010

My Alanna Qish Sayang

Dulu, aku pernah buat beberapa entry seperti entry ni, ni dan ini..mase tu hati tgh rse sedih dan pilu bile mengenangkan nasib anak2 kecil yg istimewa ni..aku x nafikan,setiap hari hati aku akan terkenangkan anak kecil ni..aku xkenal pn siapa die,siapa ayu (ibunya), dan keluarganya pn aku xkenal sape..tp rse die dekat sgt kat hati die..jgn xtau,tiap2 hari aku nangis bila ingatkan die..ajaib kan..betapa hebatnye anak kecil ni..

itulah Alanna Qish..bidadari syurga..walaupun aku xkenal die,tp dlm hati ni ade perasaan syg sgt kt die..xtau kenapa..adakah sebab die sebaya dgn usia Aryana?mungkin jugak..atau nama die seakan2 nama aryana??mmm..bole jadi gak..ntah la..ape yg aku tau,aku mmg sygkan die..dan sentiasa berdoa semoga ibubapa die kuat dan tabah meniti hari2 tanpa bidadari kecil ni..setiap hari aku akan menjengah blog ibunya untuk mengetahui perkembangan terkini keluarganya selepas ketiadaan si kecil yg comel ni..

ingatkan aku je yg feeling2 sedih,rupenye xsangke ramai dh yg tau pasal kisah si comel ni..terkejut aku bile g blog sorg kwn u aku tu,tgk die pn ade wat entry yg same..semoga roh arwah Alanna Qish akan tenang di sana bersama PenciptaNya yg Maha Esa..kepada ayu, alanna sentiasa menantikan mumy die,dady die dan abg nadime di pintu syurga untuk die memimpin kalian semua masuk ke sana..

Al-fatihah untuk Alanna Qish bt Syarulniza..Amin

2 bijik sudah

Aryana dh tumbuh 2 bijik gigi masa hujung2 6 bulan aritu..tp punye la susah nk snap gamba gigi die..bile aku tarik bibir bawah die,cepat2 die tutup gigi die ngn lidah..isshhhh budak kecik ni..tp ade 1 gamba tu ade la nampak sipi2 gigi die..jd la..hehe

nampak x yg tanda bulat tu..hehe

aryana kan skang,kalu isap nenen suke gigit..adoiii..slalu kalu die gigit cepat2 aku picit idung die..jgn nakkk oiii...putus karang mane nk beli???

My EBM stock

Presenting my EBM stock as June 22nd

taraaaaa...

ni stock since bulan 4 aritu..da xde tempat nk letak da..syiann peti ais mak..huhu

Biasenye yg frozen EBM ni aku xguna pn..sbbnye ade yg kate nutrien2 dlm frozen EBM ni dh kurang compare tu fresh EBM..so aku prefer bg aryana yg fresh jek..yg frozen ni simpan untuk kes2 emergency..

Frozen EBM ni expired 3 bulan..selalunye bile dh cukup 3 bulan,aku buang yg dh expired n gigih kumpul stock balik..

Alhamdulillah dh 7 bulan aku masih mampu bagi aryana susu badan lagi (dengan izin Allah of coz)..harap2 dapat diteruskan sampai umo die 2 thn...amin...

Friday, June 18, 2010

saya suke bila..

Puisi yang aku cipta..hihi

Saya suke bila..lihat ade si kecil yg sedang lena di sebelah apabila bangun dari tidur
Saya suke bila..si kecil melemparkan senyuman paginya bila dirinya terjaga dari tidur
Saya suke bila..si kecil menyamput kepulangan saya dari kerja dengan keletahnya yang menggambarkan die ternanti2 kepulangan saya
Saya suke bila..si kecil diam dalam pelukan saya bila die meraung2 nangis dalam pelukan org lain
Saya suke bila..si kecil gembira setiap hujung minggu sebab abah dan mamanya bercuti dan dapat menghabiskan masa bersamanya untuk 24/7
Pendek kata, saya suke segala-galanya semenjak kehadiran si kecil dalam hidup kami

Dengan kehadirannya..
diri saya dah jadi matang sikit dari dulu sebab kalau sy x matang cane saye nak handle si kecil..
dah x kuat merajuk cam dulu sebab saya kena melayan rajuk si kecil..
dah kurang cari pasal ngn abah si kecil sebab saya lebih menghargai masa kami yg terhad ni..
sy lebih menghargai dan menikmati setiap detik dalam khidupan sebab sy xnak terlepas setiap perkembangan si kecil..
saya terasa kehidupan sy dah lengkap dan hari2 saya lebih membahagiakan dari dulu..
berjuta-juta kali lebih membahagiakan..

Sekian,terima kasih

* ape kes tibe2 wat puisi ni..ni la org kerajaan,hari jumaat je kepala dh ingt benda lain..haisyy..xsabanye nk cutiiii





Thursday, June 17, 2010

Jom main masak2

Ingat nak try masak kuey teow kung fu la..pg ni lorna bwk yg die dh siap masak,cam bes jek nk try..resepi die pn cam sonang..

Bahan-bahan
- Bawang putih 2 ulas (cincang2)
- sotong/ayam/udang/ape2 spesies lauk yg kite nak
- cili merah hiris2
- cili benggala 1/2 bijik
- sayur sawi
- tepung jagung yg dibancuh ngn air (masukkan last skali)
- lada sulah
- sos tiram
- cili api
- garam secukup rase

Cara nak buat kuey teow disalut telur
- Bancuh telur ngn garam sket
- Gorengkan telur tu ngn kuey teow

Cara nak buat kuah
- tumiskan je bahan2 di atas

Ingat nk try balik ni..kalu jadi puji,xjadi diam2 sudah..haha



Monday, June 14, 2010

Entry yg xde maksud pape.. :p

Xde maksud pape pn..

Cuma nk bgtau..

Sy bersyukur dikurniakan suami yg baik,penyayang dan pemaaf..

Yang sentiasa bersedia memaafkan isteri die..

Walaupun kadangkala ape yg dilakukan isterinye ni seakan mencabar kesabarannye..

Tapi die sentiasa berada bersama sy..

Dalam ape juga keadaan pun..

Sentiasa menyayangi sy..

Menyayangi anaknye..

Menyayangi keluarganye..

Sy pun sama,sentiasa menyayanginye..

Jadi,sy xnak mengambil kesempatan atas kebaikan diri beliau..

Motif Entry -->

sy rase bersalah ngn die sbb die baik sgt..

sy rase sy banyak buat salah ngn die..

sy rase sy bukan isteri yg baik..

yg sentiasa melawan cakap die..

walaupun die sentiasa menyayangi sy..

justeru itu, sy nak mintak maaf sgt ngn die..

xtau die baca ke x..

walaupun dh mintak maaf in person..

tp sy nak mintak maaf lagi..

maafkan sy ye..

i luv u

Friday, June 11, 2010

7 months..how time flies

Alhamdulillah

ayana genap 7 bulan hari ni..

cepatnye mase berlalu..

rase belum puas..
mengagah aryana yg hanya pandai baring dan tgk kiri kanan..
bermain dgn aryana yg baru pandai menyembur..
membantu aryana yg baru nk blaja meniarap..
mengejar aryana yg dh laju mengesot..
membontoti aryana yg dah pantas merangkak..
menyanyi lagu cok2 kendung sambil kaki aryana terangkat2 ikut alunan melodi..
berjaga2 kalau nampak aryana mencapai sesuatu utk berpaut utk berdiri..

tetiba je nanti anak kecil mama ni..
x perlukan bantuan mama utk berjalan..
berlari bila mama nak pimpin die kat shopping complex..
berkeras nak suap makanan sendiri..
malu2 bila mama nak pakaikan baju..
terpaksa berpisah ngn mama sebab kena dok asrama..
berkongsi ngn mama berkaitan naluri remaja..
mempunyai kerjaya yang menuntut die utk lebih fokus..
mengabarkan berita ingin membina keluarga..

ishh..jauhnye mama pikir..aryana baru 7 bulan la ma..

lame lagi masa mama leh abeskan ngn aryana..
aryana pn x puas lagi bermanja ngn mama..
x puas lagi menyusu sambil bergurau2 ngn mama..
tido sambil ditepuk2 mama..
main ba ba cak ngn mama..

cepatnye mase berlalu..mesti sedih kalau sampai 1 masa,aku dh xdapat menyusukan aryana bila umur die dh 2 tahun..
mesti rindu saat2 tu..

alhamdulillah..
aryana membesar dgn sihat,gembira,semakin bijak,makin comel..
bersyukur padaMu Ya Allah..
panjangkanlah usia anakku.
kurniakanlah die kesihatan yang baik..
permudahkanlah segala urusan kehidupannya..
lindungilah dirinya..
semoga die menjadi hamba yang solehah dan anak yg baik..

Amin..

p/s : tibe2 feeling plak..dh la sambil dgr lagu wali band..hihi

Wali band yang sengau

tapi tetap aku sukakkkk

Dik

Dik, aku pinta kau akan s’lalu setia
Dik, aku mohon kau s’lalu menemani
Saat ku tengah terluka
Kala ku tengah gundah


Reff:
Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu
Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

Dik, jangan engkau pergi tinggalkan aku oh…
Dik, ingin aku cinta dan cinta s’lalu
Saat kau tengah terluka
Kala kau tengah gundah

Back to Reff:

Kau akan menjagaku
Di bangun dan tidurku
Di semua mimpi dan nyataku
Kau akan menjagaku
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

Wednesday, June 9, 2010

Happ Birthday to u my luvly hubby

06.06 adalah tarikh yg bermakna dlm idup suamiku (cewaaahhh ayat)..tarikh di mana suamiku dilahirkan..jadi haruslah aku sebagai isterinya memberikan sesuatu yg istimewa buat die(cewahhh lagiii)..btw nak cite sikit (xde kaitan ngn besday hubby pn)..aku lahir bulan 11, hubby 06.06..aryana plakss 11.11...ade kaitan kan ngn besday kitorg..hehe..:p

surprise utk harijadi hubby dh lame aku plan dlm pale ni..tggu mase je..1st time terjumpa kek dari kak Cida (kwn kakcik),aku dh terpk..kalu wat utk hubby ni,mesti die suke giler..aku pn start booking kek ngn kak pnut mase bln 4..tgk,2 bulan tu aku dh plan..punye la bsemangat waja kn..emm x reti nk cite cane..aku wat chronology je la ye..

04.06.10

- aku amik kek kat umah kak pnut
- then aku bg diana suh die bwk balik ampang..kitorg pn bincang nk wat surprise lagu mana
- hubby mase ni takdak,die g kelantan,sonang la koje den..hehe

05.06.10

- hubby balik dr kelantan, around 4pm die dh sampai umah
- mase ni mak dh bagi hint,tp hubby xdpt tangkap lg..nasib baik..mak siap suh hubby bawak kamera,suh tangkap gamba kek..hubby dgn tanpa rase curiga jawab "isyaAllah kalu diorg ade belikan kek"..suci sgt hati hubby aku..hehe (pe salahnye puji laki sendiri)
- mase dlm kete aku sibuk2 sms ngn diana,roger kitorg kt mane.hubby cam dh pelik,dok sms ngn sape..aku pn selamba jwb.."ngn dila,borak pasal pakwe baru die"..kih kih
- hubby bawak kete selalu,cam org bcinta gayanye..haisyy..aku pn suh die speed lg..die tny nape..aku ckp nk tgk cite bes,nk start dh..tanpa rase curiga,die pn tingkatkan kelajuan kete..supaya isterinya ni sempat tgk cite bes tu..
- sampai je kt depan umah die,FIL aku dh tunggu dpn umah sambil isap rokok.hubby cam biase panggil2 name adik die azrul,suh tlg angkat kn brg..FIL ckp,tinggalkn je dl brg2,naik atas dl,umah xde org sume g dewan ade kenduri kawen..hehe..bijak sungguh..hubby pn dgn susah payah angkat la brg sorg2..aku sambil dokong ayana,borak2 ngn FIL..hubby tny nape x masuk dl,aku ckp xreti bukak pintu..hubby sempat sound "pintu pn xreti bukak ke"..hisss sabo je la aku
-hubby pn bukak pintu tanpa rase was2,dn sumorg pn menjerit2 sambil pittt kan benda alah yg slalu org tiup2 kalu wat party tu..hubby pn terkejut,tp secara refleks terus pandang aku..hehe..aku pn hanya tersenyum berjaya..yesss..akhirnye menjadi..alhamdulillah..yg paling bes,credit to wan (kwn diana) yg sudi amik gamba sepanjang majlis tu..tq so much wan
-tam bersama siape tah lg,muncul dr belakang sambil bawak kek sambil nyanyi lg besday..hubby pn terkejut tgk kek yg sgt cantik tu,sambil rse terharu..hihi

overall,itulah serba sikit perjalannya..ape lagi..layanzzz la gamba


the cake

the moment

all of us..tq pada semua yg telah menjayakan majlis dgn jayanye..hehe

Ucapan utk en hubby :

Selamat hari jadi
Semoga panjang umur
Semoga dilimpahkan rezeki yg melimpah
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik
Semoga berbahagia selalu
Dan
I luv u so much

Heeeeee~~~~


Tuesday, June 8, 2010

Muhasabah diri sat

Bile aku baca kisah2 yg menyayat hati,tibe2 aku rase bersyukur sgt dgn ape yg aku ade..Baca kisah ibu2 yg mempunyai anak2 istimewa,yang sentiasa redha dan tabah menerima amanah Allah,buat aku rase sebak..kalu bukan kt opis,rse dh menangis teresak2 aku..

Boleh ke aku jadi sekuat diorg kalau aku yg dipilih?Boleh ke aku jadi setabah diorg?Tu la,Allah akan menguji hambaNya yang die tau kuat dan tabah dalam menghadapi ujianNya.

Bila aku main2 ngn Aryana,melihat die ketawa terkekek2,melihat die tersenyum bile nampak mamanye ni,buat aku rase bersyukur,tp sebak pada masa yg sama. Di saat kite tgh gembira melayan anak kita yg sempurna, pada satu sudut yg lain, ade ibu yg tgh bersedih melihat anaknye sengsara melawan penyakit.

Aku rase,mungkin kalau aku belum jadi ibu,aku xdpt betul2 menyelami perasaan diorg..Ya Allah,semoga Kau tabahkan hati mereka, dan kurniakan kebahagiaan kepada mereka.Permudahkanalah segala urusan mereka,lindungilah mereka semua Ya Allah..dan lindungilah anak2 ku..kurniakan kesihatan yang baik kepada mereka semua. Hanya padaMu aku memohon, Tuhan yang Maha Berkuasa dan Mengetahui..

Amin...

Monday, June 7, 2010

Updates on Aryana before she turns 7 months for another 4 days


Hai sumer..umur ayana dh 6 bulan 26 hari..lg 4 hari ayana 7 bulan..mama ckp how time flies..pape tah mama tu kn..baby makin lame mesti la makin besar,xkan makin kecik..kan acik2 sume kan kan

Panjang kn tajuk..tajuk je dh menggambarkan ape yg aku nk cite..so xyah la nk bmukadimah bagai.stret to the point..hik hik

- Ayana now totally can crawl..yaahoo..sgt comel tgk montok2,peha gumuk2,jari dompot2 tu mengorak langkah..rse nk guling2kn die,pastu gomol2 sampai die jerit..waaaakkkkkk

- Ari tu kan..ayana pegang sliding door..pastu die berdiri..terkejut aku..pastu die jatuh slow motion dan bdebuk secara slow motion gak..tgk sekeliling,nampak plak mama die tgh pandang die..ape lg..emmmaaakkkkk (jeritan fav ayana)

- Lagi kan..ayana dh tumbuh gigi..yeayyyy...lum tumbuh sepenuhnya,tp dah nampak 2 biji putih2 kt gigi die..pastu bile aku nk rse,die gigit tgn aku..ngaappp..adoii anak mama ni..pastu bile aku tarik bibir bawah die sambil cakap "gigi mane,gigi mane." die akan senyum sambil tutup gigi ngn lidah die..hihi

- Pastu suke memanjat badan abah ngn mama die..agaknye bile mama g keje,die pn panjat bdn nenek die..pastu kalu atas katil,die akan merangkak laju2 sbb takut kite tangkap die..kite punye la cuak..dh la suke merangkak sampai ke hujung katil..pastu ngam2 sampai hujung,die lujurkn badan die sambil tgn melunjur ke bawah..konon2 dh teror la tu..haisyy jgn wat camtu nak oiii

- Pastu skang dh makin manja ngn mama die..pandai ngadu..kalu mama balik keje,die ckp2 ngn mama die..nk ngadu ape tah..ckp cepat sikit ye nak,senang mama nk paham.

Emm,tu je kot..pastu ape lg..layanzzz la gamba

Ape pandang2,xpenah tgk org diri ke?

ayana nk jadi coyote ugly leh ma??ok la ok la..ayana ikut la ckp mama suh jd qariah..tp nape mama pakai ayana singlet??cekci tauuu

mama, ni la menantu mama..hensem ma,putih melepak..mama suke x??

besnye dpt jln ngn nenek..manis x senyuman ayana ma??

mama ni,ayana panas la pakai baju jeans2 ni..cuba mama pakai tgk tbakar x badan tuh??


hepi besday abah..sori la ayana bad mood..ayana tgh sdp2 tdo tibe2 sumorg jerit..sape x hot?kalu abah tgh tdo,pastu ayana jerit kuat2 kt telinga abah..abah marah x??

o,sekian saja..daaa