Siapa yang tak pernah lagi rasa biskut (biskut ke) atau kekacang yang rangup disaluti dengan rasa caramel ni? Tak pernah??
Serius..sangat rugi..tolong la rase sebab sedap sangat
Dari minat makan terus membawa aku gigih mencari resepi dan seterusnya cuba membuat dan hasilnya wallah..sangat puas hati dengan hasil diri sendiri!!
Sesiapa yang kenal aku personally memang tau aku suka sangat share benda-benda yang bagus dan sedap..tak kira la berkaitan makanan, tempat shopping murah dan macam2 lagi la..tp most of the time makanan je la yg aku suke share..hehe
Lagi pulak kerja aku yang memang banyak kena travel..kalau boleh segala pit stop aku akan cuba cari info apa makanan terbaik dan famous di sesuatu tempat tu.
Lagi satu, sebagai pembeli aku selalu mengharapkan makanan yang aku beli tu sangat berbaloi dan sedap seperti apa yang diwar-warkan..jadi bila aku buat biskut ni dan cuba untuk jual, aku sedaya upaya akan letakkan diri aku sebagai pembeli. Aku tak nak kaut untung semata, tp aku akan cuba buat yang terbaik supaya customer puas hati dan first impression bila makan akan rase 'Wahhhhhhhh'..dapat tak apa yang aku cuba sampaikan? hihi
Meh aku bagitau apa yang terkandung dalam biskut ni :
1) Almond flakes (badam yang dihiris halus)
2) Sunflower seeds
3) Pumpkin seeds
4) Black sesame (bijan hitam)
5 ) tepung florenta (tepung caramel...kot)
Bayangkan makan badam or kuaci tu je dah sedap dan layan..lagi pulak bila digabung-gabungkan memang kebaboom kau memang deboom la kan..lagi plak ada rasa2 caramel di situ..yang x manis sangat, just nice untuk membuatkan rasa tu sedap to the max
Alhamdulillah atas niat nak share good foods, aku dah bagi tester pada kengkawan dan adik beradik untuk rasa sendiri..syukur tak sangka banyak jugak tempahan yang dapat untuk first timer macam aku. Syukur sangat..aku harap semua berpuas hati dan berbaloi beli dari aku..semua aku deliver sendiri sampai ke tangan pembeli..aku nak menunjukkan muka 'tahniah sebab tak rugi awak beli biskut ni..tolong la rasa dan bagi komen'..hihi..semua komen dari kawan-kawan dan keluarga aku ambil kira dan cuba improve produk ni supaya aku dapat hasilkan rasa yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Untuk pengetahuan, banyak nama gelaran pada biskut ni..antaranya crunchy almond florentine, biskut florentine, biskut almond florenta dan berbagai lagi..jadi team kami (wahh team la sangat..hihi) telah kata sepakat untuk guna nama ni sebagai nama produk kami
Makanya, sesiapa yang berminat boleh sms/ call/ whatsapp aku kat nombor 0193112507 untuk sebarang pertanyaan atau order
COD boleh dibuat di area klang/ shah alam/ subang jaya/ ampang dan kawasan sekitarnya
Kalau jauh2 sikit, boleh dibawak berunding macamana cara deliverynya..tapi aku tak guna khidmat pos sebab khuatir balang yang diterima nanti tinggal serdak/serbuk kekacang je..hihi
Oh satu lagi biskut ni bukan hanya sesuai dimakan pada hari raya je ye..aku rasa memang tak sempat raya dah habis pun..tapi sangat sesuai dimakan pada bila-bila masa..sesuai dibuat kudap-kudapan untuk menghilangkan waktu mengantuk ketika di ofis bagi memastikan produktiviti tidak terganggu..atau sambil menonton tv..atau untuk menggantikan jajan untuk anak-anak sebab confirm2 kekcang yang digunakan mempunyai khasiat yang tinggi!
Jom try! Confirm tak menyesal..hehe
Oh satu lagi biskut ni bukan hanya sesuai dimakan pada hari raya je ye..aku rasa memang tak sempat raya dah habis pun..tapi sangat sesuai dimakan pada bila-bila masa..sesuai dibuat kudap-kudapan untuk menghilangkan waktu mengantuk ketika di ofis bagi memastikan produktiviti tidak terganggu..atau sambil menonton tv..atau untuk menggantikan jajan untuk anak-anak sebab confirm2 kekcang yang digunakan mempunyai khasiat yang tinggi!
Jom try! Confirm tak menyesal..hehe










0 comments:
Post a Comment