Tuesday, April 24, 2012

Semoga dirimu berbahagia di sana adikku ~

Tarikh 16 April 2012 menjadi 1 lg tarikh yg akan diingati oleh kami sekeluarga. Tarikh yg menjadi saksi jerit hiba tangis kami sekeluarga selepas pemergian satu-satunya adik perempuan yg paling aku sayang. Takde ape yg perlu dipersoalkan lg, memang dh tertulis sampai di situ je jangka hayat hidupnya biar ape pun penyebabnya. Kami di sini sentiasa mendoakan arwah adikku Hani berbahagia dan aman di alam sana.

Pemergian arwah adik aku membuatkan aku takut sebab menyedarkan aku yg kita semua pasti akan menyusul tidak kira masa, tempat dan waktu tanpa kita sedari. Buat aku lebih menghargai semua di sekelilingku terutama sekali mak. Aku sendiri dah berjanji xkan buat mak sedih lagi sebab aku xsanggup nk tgk mak menitis air mata lagi. Biarlah kami yg masih hidup ni menggembirakan dan menghiburkan hati mak yg makin lama makin lanjut usianya. Biarlah aku yg sentiasa berada di samping mak dalam apa keadaan sekalipun sebab aku tau anak yg paling rapat dan menjadi kesayangan mak dh xde. Aku tau macamana perit rasa nye hati tp apepun kami semua redha dengan ketentuan Allah ni. Walau macamane sayang sekalipun kami kat arwah Hani, Allah lebih menyayanginya dan tau apa yg terbaik untuknya.

Untuk Hani, nana sentiasa doakan Hani di alam sane. Semoga Allah tempatkan Hani di kalangan orang2 beriman dan mendapat ganjaran syurga Allah. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa Hani dan jauhkan Hani dari seksaan azab api neraka. Nana rindu sgt2 kat Hani. Rase x puas bersama Hani. hani adik yg baik sgt. Allah lebih menyayangimu sayang. Aryana pun rindu sgt kat Hani. Hani makcik kesayangan die. Alfatih


Nur Hani Annisha Binti Jemain
23 September 1995 - 16 April 2012
Alfatihah

3 comments:

Wanafzan said...

Takziah kak..hani sakit ape?

Mr. Z and Mrs. Z said...

salam takziah kak nana

Arai@Nana said...

Ajan : thanx..die kena demam panas..semoga sudi sedekahkan alfatihah utk arwah

tila : thanx..semoga sudi sedekahkan alfatihah utk arwah